2010-07-09

Dua Laksamana Melayu




Hang Jebat
"Untuk apa kami dipanggil ke mari?"

"Kami sedang berehat di pinggir air terjun Gunung Ledang, di situ kami bertapa, di situ tempat kami, bukan lagi di Melaka, Melaka bukan tempat kami, telah menjadi tempat orang. Heh! kami bukan derhaka, siapa yang mengatakan kami derhaka?"

"Tuah takut bertikam di bawah istana, dia tidak mahu bertikam di tanah kerana kami tahu akan kelemahannya itu,"

"Dia mesti mahu naik ke dalam istana kerana pantang ilmunya semasa menuntut di Gunung Ledang dulu tidak boleh menyusup di bawah rumah, segala ilmunya akan lawas."

"Kami juga punyai kelemahan - tidak boleh kena kain langsir tingkap atau pintu, kerana itu kami mengajak Tuah bertikam di bilik peraduan Sultan."

"Setelah ditikam Tuah, kami balut luka dengan kain cindai dan minta izin Tuah untuk turun mengamuk."

"Apa yang kamu semua tahu, kami mati? Tidak! Kami seperti juga abang Tuah, kami pergi ke Gunung Ledang untuk bertapa, yang tinggal bayangan kami sahaja, itulah dia yang dimakamkan di luar istana."

"Kalau kami derhaka, derhakalah semuanya, Tuah juga derhaka kepada kami..."

- majalah KOLEKSI, 1980

Tubuhnya besar, tegap dan perkasa. Pakaiannya serba kuning keemasan lengkap dengan tanjak dan samping. Sebilah keris panjang tersisip dengan hulunya ke kanan dari belakang pinggang dan sebilah keris pendek tersisip di hadapan melintang ke kanan. Dia memang layak dipanggil panglima. Memang benar dia adalah legenda Melaka yang bergelar Laksamana Hang Jebat.

Kulitnya putih kuning, tanpa misai dan janggut dan berambut panjang mencecah ke bahu. Bujur sirih bentuk mukanya dan kelihatan tenang.

- majalah Realiti & Fantasi, Januari, 2000

...mula berpuasa, kemudian sembahyang hajat, minta petunjuk daripada Allah untuk mendapatkan sebilah keris pusaka daripada Hulubalang Besar Melaka itu. Beberapa bulan kemudian setelah berpuasa dan sembahyang hajat, ...mula didatangi mimpi. Satu malam ... bermimpi didatangi seorang tua berjanggut putih dan memakai pakaian hulubalang serba putih...

Orang tua itu berkata dialah Hulubalang Melaka, dan keris itu adalah kepunyaannya.

- majalah KOLEKSI, September, 1980

Seorang tua berjubah putih, berjambang dan bermisai.

"Ya, sayalah Hang Tuah, nama sebenar saya ialah Daeng Yahya."

"Dengan bersaksikan nama Allah, akulah Laksamana Hang Tuah."

"Jika kamu pergi ke Gunung Ledang dan Pulau Besar, jangan mudah terpedaya dengan jelmaan-jelmaan kerana di sana syaitan dan jin ingin mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia-manusia. Jin-jin sudah mengambil alih semenjak ketiadaan aku di sana. Aku tidak mahu manusia teraniaya dan percaya pada khurafat. Jika antara kamu terjumpa juga jelmaan-jelmaan di sana, tanyalah pada jelmaan itu 'apakah dalilnya dan apakah firman-Nya' jika dia tidak boleh menjawabnya maka itu adalah jelmaan jin atau syaitan. Banyak orang-orang yang sudah tertipu dengan jin-jin di sana."

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang, saya bersumpah dengan nama Nabi Muhammad s.a.w. kalau saya bukan Laksamana Hang Tuah, saya tidak akan lepas daripada sini nanti.

"Sayalah Laksamana Hang Tuah. Saya mengaku di hadapan Al-Quran. Saya terpaksa datang untuk memberitahu kamu semua agar tidak percaya kepada keramat, penunggu dan jelmaan-jelmaan di Gunung Ledang dan Pulau Besar.

"Jin dan syaitan boleh menjelma pelbagai rupa bentuk hanya rupa Rasulullah s.a.w. sahaja yang mereka tidak boleh jelmakan."

Hang Tuah berpesan, jika ada di kalangan kita yang pergi ke makam Hang Jebat, jangan melakukan pemujaan kerana di situ terdapat banyak jin dan syaitan yang cuba mengambil kesempatan atas perbuatan manusia yang syirik itu. Hang Tuah berpesan agar carilah ilmu yang betul berpandukan kepada Al-Quran, jangan derhaka kepada kedua orang tua. Jangan derhaka kepada sultan. Jangan timbulkan huru-hara yang boleh melemahkan umat Islam itu sendiri.

Rupa yang kacak, muda dan lengkap berpakaian seperti panglima. Kesegakannya amat terserlah, betul-betul macam seorang laksamana.

Orangnya bermisai, berjanggut dan berambut panjang. Berbadan tegap, lengannya besar menampakkan urat yang timbul, berkulit hitam manis dan kakinya agak lebar. Umurnya lingkungan 30-an, seiras betul dengan pelakon Jalaluddin Hassan. Berpakaian hulubalang istana serba kuning dengan bersamping kelihatan segak dan tersusun.

- majalah Bicara, November, 1999

Difahamkan seni persilatan Tuah dan Jebat adalah berbeza dari segi langkah dan bunga, Tuah itu liut dan waspada namun langkah Jebat agak kasar dan binasa, walaupun kedua-duanya hebat.

Hanya terdapat satu persamaan dalam gerak silat mereka iaitu dari segi langkah kaki. Mereka banyak menggunakan hujung kaki untuk melangkah sehingga dikatakan tidak berpijak di bumi yang nyata sewaktu bersilat

- majalah Rampai, Februari, 2001

1 comment:

  1. ana tak igt psl tuah,jebat,lekir,kasturi,lekiu yg abg penah cite dulu ni.
    sgt menarik sbnr nye. tp dah ngantuk mase tu. wrong timing la abg nak cite..hehehe

    ReplyDelete