2010-07-12

Kisah WC

Terlalu klise untuk tajuk kat atas,hehe..WorldCup bagi edisi 2010 baru sahaja melabuhkan tirai untuk beberapa jam yang lalu mengikut masa aku menaip entri nih.Pelbagai kisah,kontroversi serta cerita untuk edisi kali ni,dan biasala,kalau tiada trademark,kurang bestla...kat sini aku nak senaraikan trademark untuk world cup kali nih

Vuvuzela


Terompet yang mempunyai bunyi yang sangat kuat.Kalau kite tengok setiap perlawanan,bunyi ni seumpama sekumpulan lebah nak pindah lak.Aku dengar ramai yang menentang akan kehadiran benda ni kat dalam stadium.Bagi orang yang menonton kat rumah,ok je kot..untuk orang yang gi stadium tu,sabar jela,kerana FIFA membenar kan alat nih masuk untuk ke stadium.

Sotong Paul



Ni satu lagi kontroversi paling kelakar dalam sejarah yang melibatkan sotong.Sotong kurita yang dikenali sebagai “Paul” dengan berjaya telah meramalkan kemenangan enam Jerman pada kejohanan kali ini selepas meneka dengan tepat empat daripada lima pertemuan Juara Eropah dua tahun lalu.Peminat-peminat Jerman sehingga ke hari ini tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka di tangan Sepanyol dan juga ramalan sotong kurita ini. Sehingga ada yang marah dan mahu sotong ini ‘dihukum’ bunuh.Akhbar-akhbar Jerman dan portal berita mengesyorkan agar Paul dimasak dan dimakan. “Masukkan ke dalam dulang masak,” tulis akhbar Berliner Kurier.
Lantak korang la,dengan sotong pun korang nak berbunuh-bunuh ke.

Juara Piala Dunia



Sedia al-maklum bahawa pasukan yang memasuki peringkat akhir adalah Belanda dan Sepanyol dimana kedua-dua pasukan ni belum pernah memenangi piala ni,jangan kata nak menang,masuk final pon belom lagi,ni bermakna,bila kedua-dua pasukan nih melangkah ke final,sejarah telah tercipta,dan siapa menang pon,tetap menjadi sejarah,akhirnya pasukan Sepanyol membuktikan keunggulannya sebagai no.1 dunia dengan menewaskan belanda pada awal pagi tadi.
Jaringan gol Inesta meleburkan same sekali harapan pasukan Belanda.Namun Belanda memberikan saingan yang agak hebat jugak,dua peluang oleh pemain Belanda,Arjen Robben,telah disia-siakan,dan memberi peluang kepada Sepanyol untuk memenangi WoldCup edisi kali ini.

Bolasepak mampu menyatu padukan manusia sejagat diseluruh pelusuk dunia ini.Lepas nih semua akan kembali normal tanpa berjaga waktu malam,hehe...4 tahun sekali je beb..teringat WorldCup yang lepas,aku masih bergelar student,kali ni aku dah bekerja,untuk 2014 nanti,WorlCup kat Rio Di Jeniro Brazil,kalau panjang umur la..mungkin status aku dah jadi suami orang,bapak orang kot..hehe,mane la taw..so..adiosss.........

2010-07-09

Dua Laksamana Melayu




Hang Jebat
"Untuk apa kami dipanggil ke mari?"

"Kami sedang berehat di pinggir air terjun Gunung Ledang, di situ kami bertapa, di situ tempat kami, bukan lagi di Melaka, Melaka bukan tempat kami, telah menjadi tempat orang. Heh! kami bukan derhaka, siapa yang mengatakan kami derhaka?"

"Tuah takut bertikam di bawah istana, dia tidak mahu bertikam di tanah kerana kami tahu akan kelemahannya itu,"

"Dia mesti mahu naik ke dalam istana kerana pantang ilmunya semasa menuntut di Gunung Ledang dulu tidak boleh menyusup di bawah rumah, segala ilmunya akan lawas."

"Kami juga punyai kelemahan - tidak boleh kena kain langsir tingkap atau pintu, kerana itu kami mengajak Tuah bertikam di bilik peraduan Sultan."

"Setelah ditikam Tuah, kami balut luka dengan kain cindai dan minta izin Tuah untuk turun mengamuk."

"Apa yang kamu semua tahu, kami mati? Tidak! Kami seperti juga abang Tuah, kami pergi ke Gunung Ledang untuk bertapa, yang tinggal bayangan kami sahaja, itulah dia yang dimakamkan di luar istana."

"Kalau kami derhaka, derhakalah semuanya, Tuah juga derhaka kepada kami..."

- majalah KOLEKSI, 1980

Tubuhnya besar, tegap dan perkasa. Pakaiannya serba kuning keemasan lengkap dengan tanjak dan samping. Sebilah keris panjang tersisip dengan hulunya ke kanan dari belakang pinggang dan sebilah keris pendek tersisip di hadapan melintang ke kanan. Dia memang layak dipanggil panglima. Memang benar dia adalah legenda Melaka yang bergelar Laksamana Hang Jebat.

Kulitnya putih kuning, tanpa misai dan janggut dan berambut panjang mencecah ke bahu. Bujur sirih bentuk mukanya dan kelihatan tenang.

- majalah Realiti & Fantasi, Januari, 2000

...mula berpuasa, kemudian sembahyang hajat, minta petunjuk daripada Allah untuk mendapatkan sebilah keris pusaka daripada Hulubalang Besar Melaka itu. Beberapa bulan kemudian setelah berpuasa dan sembahyang hajat, ...mula didatangi mimpi. Satu malam ... bermimpi didatangi seorang tua berjanggut putih dan memakai pakaian hulubalang serba putih...

Orang tua itu berkata dialah Hulubalang Melaka, dan keris itu adalah kepunyaannya.

- majalah KOLEKSI, September, 1980

Seorang tua berjubah putih, berjambang dan bermisai.

"Ya, sayalah Hang Tuah, nama sebenar saya ialah Daeng Yahya."

"Dengan bersaksikan nama Allah, akulah Laksamana Hang Tuah."

"Jika kamu pergi ke Gunung Ledang dan Pulau Besar, jangan mudah terpedaya dengan jelmaan-jelmaan kerana di sana syaitan dan jin ingin mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia-manusia. Jin-jin sudah mengambil alih semenjak ketiadaan aku di sana. Aku tidak mahu manusia teraniaya dan percaya pada khurafat. Jika antara kamu terjumpa juga jelmaan-jelmaan di sana, tanyalah pada jelmaan itu 'apakah dalilnya dan apakah firman-Nya' jika dia tidak boleh menjawabnya maka itu adalah jelmaan jin atau syaitan. Banyak orang-orang yang sudah tertipu dengan jin-jin di sana."

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang, saya bersumpah dengan nama Nabi Muhammad s.a.w. kalau saya bukan Laksamana Hang Tuah, saya tidak akan lepas daripada sini nanti.

"Sayalah Laksamana Hang Tuah. Saya mengaku di hadapan Al-Quran. Saya terpaksa datang untuk memberitahu kamu semua agar tidak percaya kepada keramat, penunggu dan jelmaan-jelmaan di Gunung Ledang dan Pulau Besar.

"Jin dan syaitan boleh menjelma pelbagai rupa bentuk hanya rupa Rasulullah s.a.w. sahaja yang mereka tidak boleh jelmakan."

Hang Tuah berpesan, jika ada di kalangan kita yang pergi ke makam Hang Jebat, jangan melakukan pemujaan kerana di situ terdapat banyak jin dan syaitan yang cuba mengambil kesempatan atas perbuatan manusia yang syirik itu. Hang Tuah berpesan agar carilah ilmu yang betul berpandukan kepada Al-Quran, jangan derhaka kepada kedua orang tua. Jangan derhaka kepada sultan. Jangan timbulkan huru-hara yang boleh melemahkan umat Islam itu sendiri.

Rupa yang kacak, muda dan lengkap berpakaian seperti panglima. Kesegakannya amat terserlah, betul-betul macam seorang laksamana.

Orangnya bermisai, berjanggut dan berambut panjang. Berbadan tegap, lengannya besar menampakkan urat yang timbul, berkulit hitam manis dan kakinya agak lebar. Umurnya lingkungan 30-an, seiras betul dengan pelakon Jalaluddin Hassan. Berpakaian hulubalang istana serba kuning dengan bersamping kelihatan segak dan tersusun.

- majalah Bicara, November, 1999

Difahamkan seni persilatan Tuah dan Jebat adalah berbeza dari segi langkah dan bunga, Tuah itu liut dan waspada namun langkah Jebat agak kasar dan binasa, walaupun kedua-duanya hebat.

Hanya terdapat satu persamaan dalam gerak silat mereka iaitu dari segi langkah kaki. Mereka banyak menggunakan hujung kaki untuk melangkah sehingga dikatakan tidak berpijak di bumi yang nyata sewaktu bersilat

- majalah Rampai, Februari, 2001

Filem



Semalam aku tak berapa sihat,seharian jer aku duduk kat rumah,aku dok layan filem koleksi DVD aku yang berlambak,salah satu filem yang aku tengok yang aku nak kongsikan kali ini adalah filem LEGION.Legion bermaksud tentera tuhan,kalau dalam kamus Oxford Dwibahasa bermaksud tentera Romawi atau tentera Rom zaman lampau.

Filem ni sebenarnya tidak elok dipertontonkan kat negara kita ni kerana ia ada berunsurkan keagamaan,kehancuran dunia di akhir zaman seperti filem-filem seperti 2012,End of The Day dan dll.Terpulang kepada individu agar akidahnya tidak terpengaruh dan terpelihara.

Cerita ini memaparkan kisah ‘seorang’ malaikat bernama Michael yang memberontak lalu meletak jawatan sebagai ‘tentera Tuhan’ untuk menyelamatkan seorang bayi dalam kandungan daripada di bunuh oleh ‘tentera Tuhan’. Bayi yang dimaksudkan didakwa sebagai penyelamat manusia akhir zaman.

Asalnya, arahan tersebut diberikan kepadanya untuk dilaksanakan, tetapi kerana sifat pengasihnya, dia menjadi engkar pada perintah Tuhannya. Kononnya dia bertindak atas dasar rasional melalui ‘pandangan mata hati’ yang bersih!Lalu, dia memusnahkan sayapnya dan bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan umat manusia dari rencana Tuhannya yang padanya adalah tidak wajar!

Apa kata anda mengenai filem ni?korang tengok dan tafsirkan sendiri...kalau terasa nak happening kite tengok cerite Toy Story 3 nak?nanti aku ceritakan lagi tentang filem,hehe...

Neraka Jahanam



Dikisahkan dalam sebuah hadis bahwa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Cekak Hanafi



Teringat sekolah dulu,semasa menuntut ilmu sebagai anak Gelut Lintau.Pernah aku mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan.Gerakan serta buah pukulan banyak aku pelajari,ilmu serta amalan selalu aku amalkan.Sentiasa berwaspada,hormati ibu bapa,sesama makhluk,dan sentiasa menjadi hamba Allah s.w.t yang bertaqwa.

Namun peredaran masa menyebabkan segala pudar sedikit demi sedikit dek akibat kelalaian diri aku sendiri.Buah pukulan,gerakan tidak selincah dulu,amalan semakin banyak aku lupakan,astagfitrullah...ampunilah hamba Mu ini dalam mencari jalan kebenaran dalam hidup ini,tunjuk kan lah jalan yang telah Kau redhai.Aku berharap,dengan permulaan aku menjadi manusia yang dahagakan ilmu persilatan,waima ilmu apa pun yang aku pelajari kali ini,mampu menyedarkan aku kembali tanggungjawab sebenar sebagai khalifah dimuka bumi ini,InsyaAllah...

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

2010-07-08

Sotong Peramal


Kali ni punya Worldcup ada best sikit sebab kali nih pengadil dari Malaysia akan beraksi,walaupon sekadar pengadil ke-4,kire ok latuh..dan lagi satu paling aneh adalah kehadiran tok nujum@tok peramal yang boleh meramal pasukan mana akan menang sebelum bertanding,dan yang teramat anehnya tok nujum nih adalah seekor sotong..Bagi aku kehadiran sotong nih sedikit sebanyak mengganggu mental pemain,cisss...aku cabar sotong nih ramal nasib die pulak lepas Worlcup nih,samada dia akan jadi sotong sambal atau sotong kembang...heheh...