2010-07-09
Cekak Hanafi
Teringat sekolah dulu,semasa menuntut ilmu sebagai anak Gelut Lintau.Pernah aku mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan.Gerakan serta buah pukulan banyak aku pelajari,ilmu serta amalan selalu aku amalkan.Sentiasa berwaspada,hormati ibu bapa,sesama makhluk,dan sentiasa menjadi hamba Allah s.w.t yang bertaqwa.
Namun peredaran masa menyebabkan segala pudar sedikit demi sedikit dek akibat kelalaian diri aku sendiri.Buah pukulan,gerakan tidak selincah dulu,amalan semakin banyak aku lupakan,astagfitrullah...ampunilah hamba Mu ini dalam mencari jalan kebenaran dalam hidup ini,tunjuk kan lah jalan yang telah Kau redhai.Aku berharap,dengan permulaan aku menjadi manusia yang dahagakan ilmu persilatan,waima ilmu apa pun yang aku pelajari kali ini,mampu menyedarkan aku kembali tanggungjawab sebenar sebagai khalifah dimuka bumi ini,InsyaAllah...
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
teringin nak tgk jgk. nanti ajar i pulak ye..hihi
ReplyDelete