2010-04-20

ulalala..Lady Gaga

Sekadar nak update tuk tatapan.Tengah dok download lagu-lagu dari ladygaga,aku terjumpa gambar weird nih.

Lady Gaga

heheh...kalau korang nak taw,yang pkai berbungkus macam cili merah tunggu nak petik je tu,itu la Lady GaGa..ulalala..kalau tengok kat muke si Eminem tuh,mesti dalam hati die cakap'minah ni sewel ke,atau saje wat gempak'hehe...aku uL gmbar si mak cik gaga nih lagi dengan pakaian yang tak mungkin korang dapat kat Brass Max atau Postun...

2010-04-14

Adamaya

Setiap kali aku balik kerja, semenjak dua menjak ni, aku kena layan cerita Adamaya. Ada dua sebab. Satu, Lisa Surihani.

Dua, kereta mini warna merah. Dua kombinasi yang comel pada aku. Sein Ruffedge tak termasuk.


Dan setiap kali aku lepas tengok cerita ni sebagai penghilang penat, aku akan ke Youtube, cari dan dengar lagu ni sambil sambil main Galacticos sampai aku nak pergi mandi dalam repeat mode.

Sedap betul bunyi gitar lagu ni...err...lirik dia dia pun sama. Sambil sambil tu, fikiran aku melayang ke King of Parit.

Ke`institutsian' minda...

Semua orang mempunyai tabiat yang memudaratkan.
Sama ada tabiat merokok, tabiat pergi ke ofis dengan lewat dengan sengaja atau makan dengan cara melampau.
Semua ini dilakukan kerana kita sudah terbiasa dengannya.
Orang kata alah bisa tegal biasa!
Kenapa kita begini?
Kita begini disebabkan kita sudah selesa dengan keadaanya.
Kita tidak pernah dimarah, tidak pernah dikutuk atau menerima sebarang tekanan kerana melakukannya.
Oleh itu kita rasakan tidak perlu berubah.
Apakata keadaan yang tidak baik ini melibatkan wang ringgit dan masa depan?
Tahukah korang dengan menukarkan sedikit tabiat korang, korang mungkin akan menjadi lebih produktif?
Contohnya dengan bangun awal sedikit, korang boleh menghabiskan sedikit masa dengan membaca buku motivasi untuk membawa korang pergi jauh lagi.
Jika korang selalu bangun lambat.
Cuba pergi sekarang ke katil korang dan tutup lampu seperti suasana sebelum anda bangun tidur.
Lepas itu sentakkan diri korang seolah-olah terkejut dengan sesuatu.
Bingkas terus bangun selepas itu.
Praktis aktiviti ini sekurang-kurangnya 5 kali.
Selepas ini aku percaya, amat mudah untuk korang aplikasikannya pada waktu pagi yang sebenar!
Aktiviti yang dilakukan untuk “Breaking the Pattern” ini boleh dipraktikkan kepada aktiviti-aktiviti yang lain yang korang ingin pecahkan tabiatnya!
Tak percaya cuba semasa merokok, tiba-tiba korang bayangkan apa yang korang sedut adalah asap dari tahi burung dan terus meludahkan puntung rokok keluar!
Lakukan beberapa kali sehingga korang pun rasa muak atau tidak lalu untuk merokok! hehe