Baru balik dari 'inspection' dan meeting kat site,sebuah kolej yang terletak salah satu daerah Negeri Sembilan.Seperti biasa meeting perkara sama yang diutarakan iaitu masalah kecacatan pada bangunan.Aku tak taw samada salah pihak konsultan,kontraktor atau sebenarnya salah kedua-dua pihak.Lupakan masalah tu,kembali pada tajuk,aku masuk 'library' kolej ni untuk buat pemeriksaan.Aku tertarik pada buku-buku yang belum tersusun tuh,melihat pada genre buku yang disediakan banyak yang tidak ada kena-mengena dengan jurusan atau cos yang disediakan pihak kolej.Ini mengingatkan aku masa aku belajar dulu pon susah nak cari sumber rujukan sebenar.Kalau ada pon mesti sudah dipinjam oleh siswa atau siswi yang lain.Aku percaya,kesemua pelajar IPT tidak kira samada IPTA atau IPTS mengalami masalah yang sama.
Cuba kita ingat kembali,apabila pensyarah,profesor,Puan,Tuan atau apa sahaja yang kita panggil,memberi tugasan atau name bestnya 'assigment',yang memerlukan rujukan,rujukan paling ideal pada ketika itu,adalah hasil kerja terdahulu daripada senior.Bila tiba waktu pembentangan,kita dapat lihat caci serta makian daripada pihak pensyarah,melihat hasil kerja 'copy & paste'.Ini selalu berlaku pada pelajar yang malas untuk buat rujukan,atau buat kerja last minute.Ketika itu masih hangat untuk mencari rujukan di internet,kerana lebih mudah,cepat dan nampak lagi cool.Berokband ketika itu aku tidak pasti samada sudah ada atau tidak,yang dapat dilihat kesemua yang berkaitan akan berpusu-pusu ke cyber cafe.Tidak pasti samada mereka betul-betul mencari sumber rujukan,ataupon bermain YM atau Friendster masing-masing(Waktu itu Facebook masih belum hangat).

Tidak kira daripada mana sumber rujukan atau bacaan itu diperolehi.Buku,internet,waima helaian kertas berukuran A1 yang diterbitkan setiap hari,sebenarnya boleh dijadikan sumber bacaan sangat baik serta rujukan paling ideal untuk kita.Jika alasan buku tidak cukup di pusat sumber menjadikan alasan untuk hasil kerja kita yang tidak memuaskan,itu boleh dianggap suatu alasan yang tidak boleh dipakai lagi pada abad ini,hehe..tidak jumpa di library,banyak cyber cafe sudah dibuka,MPH,Kinokuniya dan POPULAR juga boleh dijadikan tempat bertapa untuk membaca secara percuma kecuali untuk dibawa balik kerumah.
wahh...penulisan sudah di upgrade...taniah taniah :)
ReplyDelete