2010-04-14

Ke`institutsian' minda...

Semua orang mempunyai tabiat yang memudaratkan.
Sama ada tabiat merokok, tabiat pergi ke ofis dengan lewat dengan sengaja atau makan dengan cara melampau.
Semua ini dilakukan kerana kita sudah terbiasa dengannya.
Orang kata alah bisa tegal biasa!
Kenapa kita begini?
Kita begini disebabkan kita sudah selesa dengan keadaanya.
Kita tidak pernah dimarah, tidak pernah dikutuk atau menerima sebarang tekanan kerana melakukannya.
Oleh itu kita rasakan tidak perlu berubah.
Apakata keadaan yang tidak baik ini melibatkan wang ringgit dan masa depan?
Tahukah korang dengan menukarkan sedikit tabiat korang, korang mungkin akan menjadi lebih produktif?
Contohnya dengan bangun awal sedikit, korang boleh menghabiskan sedikit masa dengan membaca buku motivasi untuk membawa korang pergi jauh lagi.
Jika korang selalu bangun lambat.
Cuba pergi sekarang ke katil korang dan tutup lampu seperti suasana sebelum anda bangun tidur.
Lepas itu sentakkan diri korang seolah-olah terkejut dengan sesuatu.
Bingkas terus bangun selepas itu.
Praktis aktiviti ini sekurang-kurangnya 5 kali.
Selepas ini aku percaya, amat mudah untuk korang aplikasikannya pada waktu pagi yang sebenar!
Aktiviti yang dilakukan untuk “Breaking the Pattern” ini boleh dipraktikkan kepada aktiviti-aktiviti yang lain yang korang ingin pecahkan tabiatnya!
Tak percaya cuba semasa merokok, tiba-tiba korang bayangkan apa yang korang sedut adalah asap dari tahi burung dan terus meludahkan puntung rokok keluar!
Lakukan beberapa kali sehingga korang pun rasa muak atau tidak lalu untuk merokok! hehe



1 comment: