2010-03-23

SUMBER

Baru balik dari 'inspection' dan meeting kat site,sebuah kolej yang terletak salah satu daerah Negeri Sembilan.Seperti biasa meeting perkara sama yang diutarakan iaitu masalah kecacatan pada bangunan.Aku tak taw samada salah pihak konsultan,kontraktor atau sebenarnya salah kedua-dua pihak.Lupakan masalah tu,kembali pada tajuk,aku masuk 'library' kolej ni untuk buat pemeriksaan.Aku tertarik pada buku-buku yang belum tersusun tuh,melihat pada genre buku yang disediakan banyak yang tidak ada kena-mengena dengan jurusan atau cos yang disediakan pihak kolej.Ini mengingatkan aku masa aku belajar dulu pon susah nak cari sumber rujukan sebenar.Kalau ada pon mesti sudah dipinjam oleh siswa atau siswi yang lain.Aku percaya,kesemua pelajar IPT tidak kira samada IPTA atau IPTS mengalami masalah yang sama.

Cuba kita ingat kembali,apabila pensyarah,profesor,Puan,Tuan atau apa sahaja yang kita panggil,memberi tugasan atau name bestnya 'assigment',yang memerlukan rujukan,rujukan paling ideal pada ketika itu,adalah hasil kerja terdahulu daripada senior.Bila tiba waktu pembentangan,kita dapat lihat caci serta makian daripada pihak pensyarah,melihat hasil kerja 'copy & paste'.Ini selalu berlaku pada pelajar yang malas untuk buat rujukan,atau buat kerja last minute.Ketika itu masih hangat untuk mencari rujukan di internet,kerana lebih mudah,cepat dan nampak lagi cool.Berokband ketika itu aku tidak pasti samada sudah ada atau tidak,yang dapat dilihat kesemua yang berkaitan akan berpusu-pusu ke cyber cafe.Tidak pasti samada mereka betul-betul mencari sumber rujukan,ataupon bermain YM atau Friendster masing-masing(Waktu itu Facebook masih belum hangat).


Tidak kira daripada mana sumber rujukan atau bacaan itu diperolehi.Buku,internet,waima helaian kertas berukuran A1 yang diterbitkan setiap hari,sebenarnya boleh dijadikan sumber bacaan sangat baik serta rujukan paling ideal untuk kita.Jika alasan buku tidak cukup di pusat sumber menjadikan alasan untuk hasil kerja kita yang tidak memuaskan,itu boleh dianggap suatu alasan yang tidak boleh dipakai lagi pada abad ini,hehe..tidak jumpa di library,banyak cyber cafe sudah dibuka,MPH,Kinokuniya dan POPULAR juga boleh dijadikan tempat bertapa untuk membaca secara percuma kecuali untuk dibawa balik kerumah.


2010-03-18

DARI SEBERANG..


Salam Heh aku pun, sebahagian orang indon juga ke? Ok, aku orang Melayu. Kalau buat survey secara lisan pada orang melayu Malaysia, "Hey kau ni orang indon ke?" Heh, maka kau akan dapat tiga jawapan.
"arrgghh aku orang Malaysia la!"
"aku? hmm..tok aku orang bugis"
"aku..entah la..xde beza pun aku dengan diorang"

Baru-baru ni ada berita orang indonesia bakar bendera Malaysia.
Hoho secara serius tentu bukan main2, bagi aku orang malaysia ni x cukup berani nak balas bakar bendera Indonesia. Gila apa kalau kita balas tindakan diorang tu?! Biarkan sahaja diorang bakar! Sebabnya?

"Nak beli bendera Indonesia kat mana?" "beb kawasan rumah aku tu ada orang indon ar" "bhai lagu puspa poyo ni sedap nak mampus!" "wei jangan buat rugi ko je..bukan ada TV3 nak datang rakam pun" "alah lantak diorang la! datang ar sini kalu berani!"

Bukan susah nak jumpa orang yang bagi jawapan macam ni. Kalau aku jawapannya mungkin yang last tu. Muzik, drama, bangunan, orang indon dah pegang Malaysia la. Kau jangan mimpi la kalau suatu hari nanti ada sepanduk Ganyang Malingsia kali kedua, Malaysia akan selamat, jangan mimpi!! Entah bini jiran kau yang dari jawa tengah tu boleh bunuh kau sekeluarga sebab Ganyang Malingsia dah diistiharkan.

Media Malaysia ni kalau diberi kebebasan yang macam Anwar tu nakkan, heh media indon kata orang Malaysia bodoh, media Malaysia balas orang indon 2x bodoh sebab miskin. Facebook, blogspot pun orang indon sindir Malaysia. Alahai kasihanya kau orang indon. Heh, harap-harap ler orang bekerja kat kedutaan indon tu selamat ya..

LAMBOK...

Antara kartunis paling aku respek sekarang,lawak memang tahap gaban tak ingat..aku uploadkan tuk tatapan kawan-kawan...klik kat gambar klu nak besar kan...


SEDAP YANG TAK SEDAP!!!

Malam tadi aku mengalami satu perkara `SEDAP YANG TAK SEDAP'.Pukul 7 mlm aku pergi jemput tunang aku kat KTM,hantar dia balik kampung,aku terus balik ke kampung,dalam perjalanan balik tu aku lalu pekan Bahau,lalu satu restoran tomyam,teringat kat member aku,Azrul.Pernah aku lepak minum dengan dia,dia menyatakan`kau kena try nasi goreng ayam M*D Z**N tomyam tuh,SEDAP giler nasi die..Beriya die menyatakan nasi goreng ayam kedai tu sedap.Ade sorang sorang lagi member aku,satu tempat kerja,si Roshidi,die kata kedai 'M*D Z**N tomyam tu best,aku selalu bawak mak mentua dengan bapak mentua aku pergi makan situ'.Semua kenyataan tersebut,membuat kan aku dah melabelkan kedai tu SEDAP tanpa aku sendiri mencuba.

Kesempatan malam tadi,aku terus berhenti kat kedai yang dikatakan SEDAP tuh.Kali nih aku mesti cube makan kat situ,asyik dengar cerita je kan,walhal aku memang tak suka makan kat kedai sorang2.Aku duduk dan datang pelayan nak amik order,`ye bang,minum dan makan ape'.Boleh tahan cun gak awek nih,hehe...terus aku meng order nasi goreng ayam,dengan teh O panas,`buat sedap-sedap ye'kata aku kepada pelayan tadi dengan nada nak mengayat..padahal sebelum aku hantar tunang aku,aku dah makan KFC kat Seremban.Dalam menunggu tu,aku menyedut dulu lemak Dunhill.Malam tu tak la berapa ramai sangat aku tengok,tapi boleh tahan la,kebanyakan yang datang bekeluarga,'malas nak masak agaknya',hati kecil aku berkata,tak boleh blah ayat aku...

Tungu punya tunggu,ade la dalam setengah jam,aku dah tak SEDAP hati.Tak kan teh O aku kene petik dulu daun,pastu blend sume.Lepas tu sampai jugak air aku,tapi yang samapi air barli suam,aduh!!aku tanpa merungut,terima jela...10 minit kemudian sampai jugak nasi goreng ayam aku tuh,nampak SEDAP,aku terus menyuapkan kedalam mulut aku,puas aku cari SEDAP nya,yang aku jumpa TAK SEDAP,malas aku nak komen banyak,cukup la aku cakap TAK SEDAP pon...tak habis pon aku makan,aku bayar la...dgn rasa TAK SEDAP hati,dan menyumpah kat dalam hati aku..aku blah dari kedai tuh,style aku...sekali tak sedap,aku tak kan datang lagi dah....sampai rumah aku tngok mak aku masak sedap2......taw tadi aku makan kat rumah jerr....


SEDAP YANG TAK SEDAP......

2010-03-17

Nilai Secawan Kopi

Pada minggu lepas, ada seorang sahabat saya mengomel tentang harga barang-barang keperluan yang mahal. Sahabat saya ni sebenarnya sudah masuk dalam kategori "melangkah senja" tapi semangatnya mengalahkan budak-budak yang baru jumpa "matahari bersinar". "Harga semua barang di Malaysia ni sudah mahal dan
membebankan. Dulu harga secawan kopi O hanya 50 sen tetapi sekarang harganya sudah naik menjadi 1.20 secawan", katanya sambil menunjukkan riak muka yang tidak puas hati. "Malahan, harga sepinggan nasi berlauk yang dulunya hanya RM1 pun sudah naik. Kalau nak makan kat kedai sekarang, setidak-tidaknya kena ada RM7 dalam poket. Nasi berlauk RM 5 dan kopi O, RM1.20. Itu pun kalau ambil 1 lauk saja. Kalau 2-3 jenis lauk, siaplah!! Yang teruknya, kita macam dah menerima harga itu seperti harga biasa dan murah!! Duit kita macam makin lama makin tak laku, dah nak jadi macam di Indon pula!", sambungnya panjang lebar sambil mengerut-ngerut kening.
Saya hanya tersengih mendengar celotehnya. Timbul semacam satu rasa kesal di hati saya selepas mendengar "rintihan"nya. Kesal kerana ramai sahabat-sahabat saya yang bercakap mengenai perkara yang sama. Kesal kerana mereka masih belum mengenali kaedah untuk menyimpan nilai ringgit mereka!Aku mengiakan semua kata-katanya tapi saya ingin tahu sejauh mana dia faham tentang wang. Maka saya mengutarakan satu persoalan kepadanya. "Kenapa wang kita tidak memegang nilai tukaran yang sama seperti suatu masa dulu?" "Biasalah! Barangkan makin lama makin mahal. Mestilah duit pun kena tambah." ujarnya sambil meneguk air kopi O kegemarannya. "Kalau begitu, perubahan ini disebabkan barang- barang bertambah mahal lah ya?", pancing saya lagi. "Yalah! Contohnya, sekilo gula 4 tahun lepas baru RM 1.20, sekarang dah RM 1.50 dah. Kena tambah 30 sen. Gula pun susah nak dapat, sebab tu harga naik." ujarnya. Nampaknya, sahabat saya ini, sah belum mengetahui tentang cerita sebenar matawang. Tapi saya sedikit risau untuk menceritakan tentang emas kepadanya. Bukan apa, saya takut dia terkena "kejutan budaya" pula. Tapi saya terpaksa ceritakan juga. Kasihan dia jika saya tidak berkongsi apa yang saya tahu.

"Macam ni lah, katalah awak ada duit seringgit pada zaman awak sekolah rendah dulu. Seringgit ni kira besar nilainya pada masa tu kan? Mungkin pada masa tu kalau nak beli nasi berlauk dengan lauk 2-3 jenis siap air kopi O pun boleh kan?", tanya saya sambil menarik sehelai tisu.
"Betul!", spontan saja dia menjawab.
"Apa nilainya pada masa ini?", tanya saya lagi.
"Nilai apa? Seringgit tu ke? Mana ada nilai besar? Nak beli sebotol kicap pun tak dapat dah!", jawab sahabat saya dengan bersemangat.
"Jadi macam mana kita nak simpan nilai seringgit tu supaya bila kita pakai duit seringgit tu kita boleh beli nasi berlauk dengan lauk 2-3 jenis dan air kopi O sama macam masa dulu-dulu?" pancing saya lagi.

"Mana boleh adik oii! Seringgit mana boleh beli barang sepuluh ringgit!" katanya penuh yakin.

"Bagaimana kalau saya kata boleh? Bagaimana kalau saya katakan saya boleh beli makanan itu dengan NILAI seringgit?", saya memulakan langkah kedua.

"Boleh? Baiklah. Sekarang cuba cerita sikit. Macam mana?", tanya dia kembali.

Dipendekkan cerita, (Cerita ni panjang lagi oiii.. penat dah menaip ni...), maka saya pun menceritakan tentang nilai wang fiat dan nilai emas dan perkaitannya. Saya ceritakan apa makna inflasi dan kaitannya dengan harga barang. Saya ceritakan juga pasal harga seekor ayam berharga 1 dirham di zaman nabi, masih juga berharga 1 dirham di zaman ini.

Dipendekkan lagi cerita, saya menjelaskan tentang ciri-ciri emas yg boleh menyimpan nilai matawang dengan stabil.

Dia akhirnya mengerut-ngerut kening dan mengangguk-angguk sambil berkata, "Kalau macam tu esok juga saya nak pergi kedai emas dan beli rantai emas untuk isteri saya!" .

Aduh! Nampaknya, saya kena ceritakan pula apa itu emas tulen dan emas perhiasan kepadanya. Tapi itu lain kalilah saya paparkan di sini.

Sekian...

p/s : Cerita ini adalah cerita rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Hahaha...

Kembali....

Kembali aku untuk menulis blog yang dah lame sangat tak aktif...yelah,orang nak tulis blog,awak nak tulis blog gak,tapi ilmu tak cukup,berdasarkan kenyataan tu,aku menghilangkan diri untuk mengaut ilmu dulu sebelum boleh digelar penulis blog---(ape punye alasan daa....)

Tertanya-tanya ape pasal aku upload gmbar Cover album OAG nih?aku terjumpe balik cd nih dalam simpanan aku,aku beli hasil daripada simpanan aku sendiri mse belajar dulu,mengingatkan aku member-member yang konon nye se_Underground...walhal OAG time dah mainstream dengan lagu Slumber,mase nila aku di ideologi dengan budaya skinhead,punk,grunge dan aku boleh nengok kawan2 yg obses berfesyen daripada aliran muzik tu sendiri ---(dah lagu kalau best,aku layan la...)

Dan sekarang,tah kenape aku nye selera dah berubah,org kate mengikut peredaran mase,tapi aku nye selera halwa telinga kembali kezaman lampau,cam ramli sarip,ahmad jais,acdc..eh?---(apo nak dikato?!)